August 25, 2011

#23 Doa Pelembut Hati

Ya Allah,
Kurniakanlah kami lidah yang lembut basah dengan mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Alah,
Kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna serta keyakinan yang benar-benar mantap.

Ya Allah,
Kurniakanlah kami agama yang betul, selamat daripada mara bahaya dan petaka.

Kami mohon ya Allah,
Kecukupan supaya kami tidak meminta-minta, berikanlah kami iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain daripada Kau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.

Jangan ya Allah,
Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walau sekelip mata atau kadar lebih pendek daripada itu.

Wahai Tuhan yang paling cepat dan mudah memperkenankan, perkenankanlah permintaan kami ini.

Selawat dan restu-Mu buat junjungan kami, Muhammad yang mulia, keluarga dan para sahabat baginda seluruhnya.

Amin.

(Doa Ma'thurat)

:)