August 24, 2011

#22 Kembara Roh

Selepas roh dicabut dari tubuh manusia, ia disambut oleh dua orang malaikat yang sangat cantik wajahnya, yang berpakaian indah dan berbau harum. Kemudian roh itu dibalut dengan sutera dari syurga. Roh tersebut pun diangkat naik ke langit.

Apabila tiba dilangit pertama, malaikat pembawa roh memperkenalkan diri, kemudian menyebut nama roh tersebut. Gembiralah malaikat penjaga langit itu kerana nama tersebt sudah ada dalam senarai mereka dan mereka tertunggu-tunggu kedatangannya. Lagipun katanya, roh si polan sangat mulia kerana memiliki akidah yang benar.

Di pintu langit kedua, roh tersebut disambut oleh malaikat dengan meriah kerana roh tersebut memiliki amalan solat yang sempurna.

Ketika sampai di langit ketiga, malaikat mengalu-alukannya dengan penuh takzim kerana malaikat sudah mendapat senarai amalannya di atas dunia. Ketika hidup, roh ini sangat berhati-hati tentang harta-hartanya, iaitu mencari harta yang halal dan membelanjakannya ke jalan kebaikan semata-mata.

Di langit keempat, malaikat meraikan roh tersebut kerana dia amat menjaga amalan puasanya ketika hidup.

Di langit yang kelima, malaikat menyambut roh tersebut dengan hormat kerana hajinya mabrur. Dia telah menyemburnakan haji kerana Allah S.W.T dan bukan untuk bermegah-megah.

Ketika tiba di langit keenam, malaikat mempersilakan roh memasuki pintunya kerana roh ini merupakan anak yang taat akan ibu dan bapanya. Hati mereka berdua tidak pernah diguris. Dan dia sebagai anak juga tidak pernah menderhaka.

Di langit ketujuh, roh disambut dengan gembira kerana inilah orangnya yang sanggup bangun pada tengah malam untuk bertahajud ketika orang lain sedang lena tidur. Orang ini juga selalu menjaga hak anak-anak yatim di sekeliling ketika hayatnya.

Setelah melepasi langit ketujuh, roh yang berjaya ini tiba di suatu mahligai bernama 'suradiq'. Semua roh orang mulia dalam kalangan mukmin ditempatkan di sini. Roh disambut dengan gilang-gemilang di sini.

(Imam Ghazali dalam Kasyfu Ulumil Akhirah)

Mengapa roh si polan tiada bersama sedangkan sudah lama dia mati? Rupanya dia termasuk dalam golongan orang yang rugi. Jadi, janganlah kita tergolong dalam golongan tersebut kelak. InsyaAllah.

:)