August 26, 2011

#24 Tipu Daya Syaitan

Nabi S.A.W bersabda: "Wahai iblis, bagaimanakah cara kamu bertindak terhadap makhluk Allah?"

Jawab iblis, "Ya Nabi Allah, ada beberapa cara yang aku gunakan mengikut keperluan semasa seperti berikut:

Terhadap perempuan-perempuan aku akan naikkan nafsu dan syahwatnya dengan meregangkan kedua-dua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya, sehingga ada sesetengahnya mengeluarkan benih yang salah (menjadi anak zina) yang dikeji oleh Allah S.W.T.

Sesetengahnya pula kulalaikan mereka daripada solat. Dan aku akan memperdayakan mereka dengan makanan dan minuman yang haram dan akan membuatkan mereka suka kepada maksiat.

Sesetengahnya pula aku lalaikan dengan harta benda supaya segala hasil kekayaan itu digunakan untuk membuat maksiat, noda, dosa dan penderhakaan kepada Allah S.W.T

Ramai kaum lelaki dan wanita yang akan aku perdayakan tanpa mereka sedari sehinggalah iman mereka lemah atau gugur sama sekali. Pabila iman mereka sudah lemah, akan aku kerah bala tenteraku yang terdiri daripada syaitan dan jin untuk menarik mereka semua dengan senang melalui jalan maksiat 'pergaulan bebas' pada majlis-majlis keraian. Pada masa itulah umatmu akan makan dan minum yang haram, hilang rasa malu dan menggadaikan maruah mereka.

Ya Nabi Allah, apabila mereka sudah terlanjur melakukan maksiat dan ingin bertaubat, pada masa itu aku akan mencari taktik baru pula supaya mereka tidak meneruskan cita-cita murni itu. Aku akan bisikkan kepada mereka supaya menangguhkan taubat ke suatu masa lain kerana mereka masih muda dan umur masih panjang. Ya Nabi Allah, aku dan bala tenteraku sentiasa berusaha dan tidak akan berhenti untuk mencari seramai-ramai anak Adam untuk bersama denganku di dalam neraka kelak.

Nauzubillah min zalik.

:)