August 4, 2011

#3 Kejadian Manusia

Abdullah bin Mas'ud berkata, "Nabi Muhammad, orang yang paling benar dan paling dipercayai, pernah memberitahu kami, 'Setiap orang daripada kalian dicipta di dalam perut ibunya selamat 40 hari dalam bentuk titisan mani, kemudian beliau menjadi segumpal darah selama 40 hari juga, lalu menjadi seketul daging, juga selama tempoh yang sama. Kemudian Allah menghantar malaikat supaya meniupkan roh kepadanya. Malaikat itu diberikan empat perintah iaitu menulis rezekinya, usianya, amal perbuatannya dan sama ada dia sengsara ataupun bahagia.

Demi Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, ada di kalangan saudara sekalian orang yang beramal dengan amalan-amalan penghuni syurga, sehingga jarak yang memisahkan beliau dengan syurga tidak lebih daripada sehasta sahaja, tetapi suratan takdir mendahuluinya sehingga dia beramal dengan amalan-amalan penghuni neraka, lalu beliau pun masuk neraka.

Ada pula di kalangan saudara sekalian orang yang beramal dengan amalan-amalan penghuni neraka, sehingga jarak yang memisahkan beliau dengan neraka tidak lebih daripada sehasta sahaja, tetapi suratan takdir mendahuluinya sehingga beliau beramal dengan amalan-amalan penghuni syurga, lalu beliau pun masuk syurga. ' "

:)