August 13, 2011

#12 Menjaga Tutur Kata

Muaz bin Jabal melaporkan, "Saya pernah berkata kepada Nabi Muhammad, 'Wahai Rasulullah, terangkan kepada saya amalan yang membolehkan saya masuk syurga dan menjauhkan saya daripada api neraka.'

Nabi Muhammad menjawab, 'Saudara bertanyakan suatu perkara yang besar. Namun ia ringan dilakukan bagi sesiapa yang diringankan oleh Allah yang maha agung lagi maha besar. Perkara itu ialah saudara menyembah Allah, jangan menyekutukan Allah dengan apa-apa sekalipun. Saudara mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan melakukan ibadat haji dia Kaabah.'

Kemudian Nabi Muhammad berkata lagi, 'Mahukan saudara jika saya tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai, sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api, serta sembahyang pada tengah malam.'

Kemudian Nabi Muhammad membaca ayat Al-Quran, surah Al-Sajadah ayat 16 dan 17, 'Lalu mereka meninggalkan tempat tidur mereka bagi mengerjakan solat sunat tahajud dan beribadah kepada Allah. Mereka juga sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut dan mengharap. Mereka juga sentiasa mendermakan sebahagian harta yang Kami berikan kepada mereka. Setiap orang tidak tahu satu persatu balasan baik yang disembunyikan daripada pengetahuan mereka yang mereka suka sangat melihatnya, sebagai balasan apa yang mereka kerjakan. '

Kemudian Nabi Muhammad berkata lagi, 'Mahukan saudara jika saya terangkan apa yang menjadi kepala pekerjaan, tiangnya, dan puncaknya?' Saya (Muaz) menjawab, 'Mahu, wahai Rasulullah.' Nabi Muhammad menjawab, 'Kepala pekerjaan adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah jihad.'

Kemudian Nabi Muhammad berkata lagi, 'Mahukah saudara jika saya terangkan apa yang menguasai itu semua?' 'Mahu, wahai Rasulullah.' jawab saya (Muaz). Nabi Muhammad menunjukkan lidahnya lalu berkata, 'Jagalah yang ini.'

Saya bertanya, 'Wahai utusan Allah, adakah kami akan diseksa atas segala yang kami ucapkan?' Kata Nabi Muhammad, 'Muaz! Bukankah manusia dicampakkan ke dalam neraka akibat perkara-perkara yang mereka ucapkan?' ''

:)