August 15, 2012

Kadang-kadang bila kita kerap menoleh ke belakang, sedar tak sedar berjuta peluang cerah yang sedia menanti terlepas begitu sahaja. Sedangkan, terdapat banyak keindahan yang masih belum kita terokai. Jangan kerana satu perkara buruk, kita lupa sepuluh perkara baik yang ada. Dia berpesan, pengalaman bukan peristiwa untuk kita ratapi, tetapi untuk kita semua pelajari. Supaya, rasa terkilan dan menyesal itu akan pergi sedikit demi sedikit.

InsyaAllah.