November 5, 2011

 
 

Kononnya outing sebelum cuti mid sem. Tapi sebenarnya nak hilangkan sisa stress test yang dan macam ala-ala final gamaknya. Dengan test dua minggu tanpa henti. Ingat nak main bowling ja sebab sumpah murah gila tapi seperti yang telah dijangkakan harus ter okey TER lajak karaoke. Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Hahaha.

Pukul 9.30 pagi mahu berangkat pulang ke rumah tercinta walaupun Mama dengan Abah tak ada nak raya sekali tapi kesian mak buyung di rumah. Jadi haruslah Beraya Haji di rumah sahaja. Pulang bersama Anam dan Anaz menaiki kereta bajet ala-ala lagu ooo, balik kampung bila part chorus kepala harus keluar tingkap sambil angin meniup rambut. Aku sendiri pun terkejut bercampur sebak bercampur terharu bila Mama bagi balik naik kereta. Pertama kali okey, pertama kali.

Jadi, doakan perjalanan kami berjalan lancar dan sampai ke destinasi dengan selamat. Amin.

:')