Trip pergi Rumah Orang Tua Al-Ikhlas sumpah perkara untuk tahun ini 
yang aku tak boleh lupa dan tak akan lupa. Okey, 90 peratus orang tua 
dekat sini tidak dituntut oleh keluarga sewaktu dirawat di hospital. 
Cuba bayangkan diri sendiri, waktu tua, dan sedang sakit, tapi tak ada 
anak-anak disisi dan ditinggal macam tu sahaja. Pihak hospital sendiri 
pun tak ada apa-apa nombor untuk dihubungi. Dan kalau ada kematian pihak
 Rumah Al-Ikhlas yang akan uruskan. Jumpa dengan 50 orang tua dan asyik 
berfikir sampai hati anak sendiri tinggal mak ayah yang tengah sakit 
dekat hospital. Apa tak pernah fikir hidup ini ada karma, dan tak pelik 
suatu hari nanti dia sendiri akan ditinggal macam tu. Dan tak pelik dia 
akan duduk dekat rumah itu dan tidur di katil yang sama dengan mak atau 
ayah yang dia pernah buang dulu. KARMA okey.
Rumah Al-Ikhlas ni tempat wakaf masjid lama. Dan orang penting 
yang tubuhkan rumah ni Puan Muji Sulaiman dan kami panggil dia Mak. 
Sumpah aku asyik terfikir, masih ada lagi orang yang baik sangat sangat 
sangat macam ni dekat dunia sekarang yang sanggup jaga orang tua seramai
 50 orang dengan bantuan 9 orang pekerja yang lain. Okey, Mak bekas 
Ketua Jururawat Hospital Selayang sebab tu Mak terima banyak kes orang 
tua yang ditinggalkan di hospital dan juga salah seorang bekas pesakit 
breast cancer, dan lagi cuba bayangkan Mak jaga semua dengan duit pencen yang Mak terima setiap bulan. Nampak tak kenapa aku cakap masih ada orang yang berhati mulia di luar sana.
Ada
 seorang pakcik ni, dia cerita dulu dia jahil agama. Mungkin bukan 
rezeki dia sebab dapat ibu bapa yang tak pentingkan agama. Dia boleh 
habiskan dua hari dua malam main dam dekat kedai, dan dia pernah ada 
sampai lima orang girlfriendsssss serentak. Lima okey, lima. Haha. Dia 
tak pernah salahkah anak-anak dia hantar dia dekat Rumah Al-Ikhlas sebab
 dia cakap Allah Maha Penyayang bagi dia kesempatan untuk bertaubat. 
Mungkin kalau Allah tak bagi dia sakit jantung, kencing manis, darah 
tinggi dan hampir lumpuh dia mungkin tak ada kesempatan untuk bertaubat.
 Sebab dekat sini dia boleh solat jemaah ramai-ramai, baca Al-Quran, 
belajar dengan Imam yang akan datang setiap waktu solat. Dia pesan, 
berkawan dengan orang yang baik, jangan salah cari kawan, sayang mak 
ayah, dan sementara masih muda jangan tinggal solat langsung sebab 
sayang nanti kalau dah tua macam dia nak buat ibadat mungkin akan 
terbatas.
Okey sangat banyak bercakap. Masa untuk layan gambar.
Daaaaaan ini buah hati pengarang jantung kami semua, Moyang. Dia saaaaaaangat lawak, sangat suka buat lawak dan berperangai macam budak yang umur 2 tahun yang bila cakap dengan dia macam olololo-comei-comei-olololo tu. Dia pandai speaking okey. Paling banyak bagi nasihat. Dan yang paling aku akan ingat sekali, "Don't trust men, only trust your husband". InsyaAllah, I will. Ahaksss.
- Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong (2011) 
:')