October 10, 2011

#Nyawa dan Udara

Okey. Hari ni aktiviti sangat kurang berfaedah dari pagi, petang sampai malam. Plan nak tengok anak kawan Kak Anis pagi-pagi buta. Disebabkan aku tidur pukul 7 pagi tengok drama korea Spring Waltz aku ter okey TER membuta sampai pukul 1 petang. Lepastu terpaksa drag semua aktiviti pagi ke aktiviti petang.

Lepas habis plan, pusing cari makan kat semua kedai pulak dah pukul 5. Habis cari makan, dah berminggu asyik nak tengok Johnny English Reborn tapi tak jadi. Tanya sorang cakap best, tanya lagi sorang cakap tak best. Ini yang susah bila aku jenis manusia yang senang kena influence. Asyik was-was kalau tengok nanti tak best rugi, kalau best tak tengok pun sama rugi. Cisss. Nasib tengok, and yes!
Best nak mampus okey gelak tak henti dari start sampai habis. Kak Anis lagi hebat cerita tak start pun dah gelak. Itu gila! Hahaha. Senang cakap cerita ni sesuai untuk orang yang lalui hari atau minggu yang stress tahap 5 macam aku.
Anda yang stress macam aku harus tengok. Haaaaarus!

Cukup dengan mukadimah. Baik muka serius. Entri mungkin sannngat panjang.

 

Ahmad Bashah Md. Hanipah,

Selamat Hari Jadi yg ke-61 Abah. May Allah bless you. Semoga panjang umur dan murah rezeki sentiasa. Bahagia dunia dan akhirat. Eh jangan lupa, insyaAllah bakal menjadi tok wan yang paling cool sekali. Haha. Tolong jaga kesihatan tau Abah :'( Rinnnnnndu sangat. I love you so so so much.


Anis Hafina Ahmad Bashah,

Hey makcik berbaju biru berkain Yankee. Haha. Selamat hari jadi yang ke-29. Harus mantain awet muda seperti sekarang. Wish masih sama seperti Abah.
Cuma mahu tambah sedikit, cepat-cepatlah kahwin. Calon dan ada tu. Tunggu apa lagi derr. Kami nak anak buah yang kedua pulak. Hujung tahun kira jadilah.
Esok kita makan kek sama-sama okey. I love you Kak Anis :')


Amirah Hazwani Ahmad Bashah dan Fairuz Ilias,

Eh jangan terlupa. Happy 1st Anniversary Kak Lah dan Abang Fad. Semoga kekal hingga ke anak cucu cicit dan seterusnya, bahagia dunia dan akhirat. Jaga baby a.k.a anak buah sulung kami taaaaaau. Jangan ikut sangat tak lalu makan tu. Kesian baby nanti lapaq :') I love both of you.

Okey siap. Satu hari tapi tiga perkara yang sangat sangat sangat bahagiakan aku. Sebab tu aku selalu cakap, biar hilang orang sekeliling tapi keluarga tetap disisi. 

#manlytears