October 29, 2011

#Doa buat Mak dan Abah

 

Alhamdulillah tadi Mama call cakap dah sampai dekat sana. Semalam lepas ambik dekat Subang terus pergi Kelana Jaya sebab bertolak ke KLIA sebelum solat Jumaat. Tak apa laa tak sempat balik kenduri, janji dapat hantar Mama dengan Abah dekat sini. Pekerja Tabung Haji semua baik kecuali err guard yang jaga pintu masuk. Garannnnnng ngat aih breakfast tebuan kaa bang? Hahaha.

Doa buat Mama dengan Abah sentiasa kuat dan jaga kesihatan dekat sana. Jangan lupa makan ubat. Dekat sana ramai orang, kita tak tau sakit apa yang depa ada. Jangan risau kami dekat sini, Mama pesan hampa jangan malas nak masak asyik makan kat luar lepastu jangan dok bergaduh sangat dok satu rumah tapi kalau adik-beradik bergaduh kan makin mesra erkk. Tapi bab masak tu tak dapek kami nak nolong. Hehehe. Harap Mama dengan Abah memperoleh haji yang mabrur. Kami tunggu Mama dengan Abah balik dengan selamat dekat sini. Serta, jangan lupa uhuk doa kami uhuk dapat uhuk uhuk jodoh yang diredhai dan anak-anak Mama dengan Abah ni berjaya dunia dan akhirat.

Dan err aku tau lengan aku makin bermuscle. Terima kasih.