September 5, 2011

Ke-raya-an-kah.

Alhamdulillah raya tahun ni banyaklah jugak aktiviti daripada tahun-tahun sebelum ni. Selalunya, pagi hari raya first pun dok rumah jaa tunggu orang yang datang. Tahun ini tidak lagi! Baca dengan nada iklan Tora datang lagi. Pagi-pagi semua keluar ramai-ramai sekali dengan abang ipar pergi beraya dekat Istana Anak Bukit. Aku ingat lagi last aku pergi sana darjah 5. Lepas 9 tahun baru ada keinginan nak pergi lagi. Bukan selalu boleh datang melawat, setahun sekali ja kan.

Kebetulan hari jadi Kak Lah pun raya jugak. Ingat nak celebrate makan dekat luar ja kan. Tapi dia nak buat BBQ atas alasan untuk mengeratkan silaturrahim. Motif sangat. Haha. Kesian dia first birthday party sebagai isteri orang, kami pun ramai-ramai menunaikan impian dia. Dah lah last minute. Pukul 3 baru cakap nak buat. Kelam-kabut semua nak perap ayam lagi, goreng itu ini, nak beli barang lagi. Alhamdulillah jadi jugak. Ingat senang nak tengok Abah kipas ayam. Hahaha.

Macam biasa aktiviti setiap hari raya keempat. Mesti beraya di rumah sahabat-sahabat saiko. Gembira lain macam bila nampak orang yang dah lama kita tak jumpa dan ada macam-macam cerita yang nak diceritakan. Lepasni semua sibuk dengan hal masing-masing entah bila pulak nak boleh jumpa. Semua dah balik. Tinggal aku dan beberapa kerat saja lagi.

Yang sedih open house tahun ni Kak Anis, Kak Alia dengan aku sekali pun tak ada. Tinggal Kak Lah sorang. Buat pun 20hb. Semua dah pakat balik. Aku nak makannnnnn. Tsk tsk. Kalau sempat aku nak balik jugak.


Bai.

:)