August 6, 2011

#5 Beza Pahala dan Dosa

Al-Nawwas bin Sam'an melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata, "Kebaikan adalah peribadi yang terpuji, dosa adalah apa yang bergelut dalam hati sedangkan saudara tidak mahu orang lain mengetahuinya."

Wabisan bin Ma'bad melaporkan, "Saya pernah datang bertemu dengan Rasulullah. Kemudian beliau bertanya kepada saya, 'Saudara datang ini, hendak bertanya tentang kebaikankah?' Saya menjawab, 'Benar.' Lantas beliau berkata, 'Tanyalah hati saudara. Sebenarnya kebaikan itu adalah perkara yang apabila saudara melakukannya, jiwa dan hati saudara berasa tenang. Walaupun saudara bertanya berkenaan hal itu kepada orang lain dan mereka memberikan pendapat yang berbeza dengan perkara yang saudara rasakan itu.

Manakala, kejahatan dan dosa itu pula adalah perkara yang apabila saudara lakukan, jiwa saudara tidak tenang dan saudara berasa teragak-agak dan risau dalam hati. Walaupun saudara bertanya berkenaan hal itu kepada orang lain dan mereka memberikan pendapat yang berbeza dengan apa yang saudara rasakan
itu. ' "

:)