March 5, 2011

Aktiviti harian hujung minggu untuk orang pemalas seperti aku adalah tunggu dan berebut mesin basuh. Tapi untuk orang rajin semua pakat menapak dekat toilet sakan punya berus kain sampai berbuih lantai. Ini memang aku respect gila! Mungkin nasib aku baik dapat potong giliran kalau tak kena nganga tunggu dua tiga baldi yang beratur depan mesin basuh tu memang tak sanggup.

Lepas 24 minit baju pon siap dan harum semerbak tanpa mengeluarkan setitik peluh pun. Tapi mau sengkek jugak kalau tiap minggu labur RM2.50 dekat mesin. Kalau sebulan dahhh boleh beli topup kan. Sebab tu aku basuh baju dua minggu sekali. Bernas tak? Hahaha.

Tengah sidai baju aku nampak kakak tu kyusuk baca something dekat dinding. Aku ingat iklan menjana pendapatan RM6,500 dalam satu minggu dengan M.L.M kan. Rupa-rupanya,

 *klik untuk tumbesaran*

Tak faham aku dah pakat-pakat masuk Universiti pun nak mencuri. Masing-masing dah tua, masing-masing belajar, masing-masing sengkek, masing-masing ikat perut bila hujung bulan. Pun nak mencuri jugak. Tak takut badan berpanau, berkurap, berkudis kalau curi baju orang? Baju-baju dalaman tau pulak geli nak curi. Baju Kesatria yang sehijau-hijau alam tu pun orang ada hati nak curi jugak kan? Ini lagi aku tak faham.

Jangan mencuri, nanti tangan kena potong!