February 28, 2011

Glumi Mandei.


Lagu bunuh diri Glumi Sandei untuk entri pertama. Ceria tak? Ceria tak? Okey memang tak ceria. Lepas weekend sepatutnya Hibernate dan Restart dengan baik tetapi apakan daya kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan siap kilat sabung-menyabung ditengah hari. Erk.

Kelas mula 8.30 pagi dan 8.30 pagi jugaklah aku bangun. Jangan salahkan aku, salahkan jari Snooze kan alarm. Bangun cepat-cepat terpijak barang sampai terpatah dua. Thanks kaki, thanks. Nak potong kaki sebab geram dianggap tak cerdik pulak. Termenung sebelah katil sambil sedapkan hati, time jalan pergi kelas mesti salji turun sebab ya-Rabbi-dalam bilik panas-nak-mampus-lah!

Realiti hidup bukanlah macam tajuk cerita boyfriend Yuna, Salju di Kuala Lumpur. Tak akan ada filem Salju di Shah Alam pulak lepas ni okey. Matahari betul-betul depan mata. Sedapkan hati lagi, wah mesti kulit lepas ni tegang tanpa sebutir blackhead sebab dapat vitamin pagi free dari Matahari. Thanks matahari.

Aktiviti berjalan seperti biasa, kelas Account yang sekali lagi berjaya buat aku membuka mulut terpaku selama dua jam. Oh, itu semua perkara biasa. Sangat tak R-A-R-E. Niat dihati nak makan dengan Rda, tapi, tapi, tapi, tapi, tapi, tapi tapi, purse aku hilang. Mainkan lagu Gloomy Sunday sekarang!

Ya Allah, tak tau la tercicir tengah jalan, dalam longkang, dalam semak sebab tak mungkin orang nak curi purse aku. Tolonglah purse tu dah buruk kusam lasam masam. Bukan langkah yang bijak kalau nak buat dompet baru sebab sangat tak baru dan sangat tak bijak kalau sebab duit dalam purse tu tolonglah ada sembilan ringit tepat. Memang tak bengap sangat aku letak number pin dalam purse tapi tolong jangan jadi bengap kuasa dua jugak sebab dalam account aku ada empat ringgit dan sen sen. Withdraw la semua duit tu sekali dengan sen sen yang ada. Hahaha.

Aku nak purse merah kusam aku balik. Macam-macam hidup ada dalam tu. Segala receipt, kad, appointment gigi, gambar Mak, gambar Tok, besi braces yang tercabut dan semua lah. Please! Aku janji belanja kopok lekor sebulan. Please.

Oh, gambar tu sebenaunya aku windoo gileww dekat Merbok. Hahaha.